Latar Belakang GMB Auto.

  • GMB AUTO yang beralamat di Mile 5 1/2, Lorong Burung Keleto, 88450, Inanam Kota Kinabalu Sabah (terletak di Zon Perindustrian Ringan) adalah merupakan sebuah bengkel servis dan membaiki kenderaan, menjual serta membekal alat ganti dan aksesori kenderaan. Bengkel ini menjalankan perniagaan setelah mendapat kelulusan dari DBKK pada 22hb Januari 2007 dan seterusnya telah berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS dengan Status Bumiputera-Status EP-Enable) serta PUKONSA sebagai syarat kelayakan untuk membaiki kenderaan sama ada di jabatan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Selain itu, syarikat ini juga menggunakan Sistem Online E-Perolehan baharu yang telah dilancarkan sejak bulan januari tahun 2018.
  • GMB AUTO atau “ GLORIOUS MOMOGUN BROTHERS” telah membuka cawangan baru bertempat di Daerah Penampang pada bulan Mac 2016 yang terletak di Kampung Kivatu, KM 1.5, Jalan Penampang-Tambunan, kemudian membuka cawangan baru di Daerah Beaufort pada bulan Mei 2017 bertempat di Kampung Luagan, KM 2, Jalan Beaufort-Sipitang dan seterusnya membuka cawangan yang ketiga di Daerah Keningau yang terletak di Jalan Bakiau Bypass, Kg. Bakiau, Keningau pada Disember 2017.Kini, GMB Auto telah membuka cawangan baru yang keempat bertempat di Tangaban, Tambunan pada Oktober,2024.